- -


kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau
seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau
seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti
dahulu

katanya kau seorang pejuang
kau masih
layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau
seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding
cinta allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
kau sibuk
update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

katanya kau
seorang pejuang
kau xpun berdakwah

katanya kau
seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau
seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
kau lebih
bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada
karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau
seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau
seorang pejuang
ukhuwwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan
kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau sering
tinggal QIAMULLAIL berbanding
mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak
ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang
kau sering
menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerana tidak
berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih
banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau
seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa
berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk
berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih
senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah
menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau
seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau
seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau
seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau
seorang pejuang…

Leave a Reply