- -

SeiNdAh saHabat


















Assalamualaikum…alhamdulilah syukur setinggi-tingginya kerana Allah tidak pena jemu untuk meminjamkan nyawa kepada kita semua…alangkah indahnya bila kita bangun pagi kita masih lagi dapat melihat matahari bersinar..masih lagi dapat menghidu udara yang segar…masih bleh melihat orang yang kita sayang…masih dapat berpijak di bumi Allah…subahanaAllah…betapa untungnya kita yang masih dapat merasai semua berihan nikmat dan rahmat yang Allah berikan kepada kita…cuba kita berfikir dan banyangkan sejenak..kalau la kita bangun tidur kita tidak dapat uda merasai semua berihan Allah…bertapa ruginya kita tidak menhargai berihan Allah kepada kita semasa kita hidup….

Hari ni saya ingin berkongsi dengan semua orang yang berada di luar sana tentang ikatan persahabatan…Apa yang dapat saya banyangkan sahabat ni ibarat sepohon pokok yang subur yang mempunyai buah buah yang bnyak dan tanting-ranting yang saling berkerjasama untuk meneguhkan lagi pokok itu…Dimana saya akan mulakan cerita dari sebenih sahabat kemudian akan menjadi pokok yang matang dan akan mejadi sebuah pokok yang dapat mengeluarkan buah yang banyak..

Pokok yang subur hasil daripada akar yang subur dimana akar yang bijak untuk mencari nutrient untuk membuat pertumbuhan yang baik.Begitu juga dengan erti sahabat dimana  ikatan sahabat yang baik hasil daripada kerjasama antara satu sama lain,,saling paham memahami,,tidak perna bersangkah buruk antara satu sama lain dimana mereka mengangab sahabat adalah ibarat satu keluarga yang perlu dijaga. Hidup sendiri ibarat benih yang pertama sekali di tanam,,dimana benih tersebut perlukan baja untuk membesar dengan cepat,perlukan air yang secukupnya untuk terus berjuang untuk membesar untuk mencapai langkit. Dimana benih yang kecil perlukan cahaya matahari yang cukup untuk membesar,begitu la ibarat kita hidup sendiri..dimana kita perlukan banyak dorongan untuk terus membuat langkah demi langkah. Mungkin kita dapat membuat langkah demi langkah atas dorongan keluarga tapi mungkin juga langkah yang kita lakukan hanya la langkah yang kecil dimana langkah kita akan menjadi langkah yang besar dengan adanya sahabat yang sentiasa dengan kita.

Apa yang kita alami demi teman kadang melelahkan dan memboringkan tetapi itula yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cubaan,tetapi persahabatan sejati bisa  mengatasi cubaan itu bahkan bertumbuh bersama kerananya. Dimana Persahabatan tidak akan terjalin secara outomatik tetapi memerlukan proses yang panjang Seprti besi menajamkan besi,demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, Dihibur-disakiti-diperhatikan-dikecewakan-didengar-diabaikan-dibantu bahkan di tolak. Namun semua itu tidak perna sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian dan Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari persilisihan. Justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur  apa adanya, Sahabat tidak perna membungkus pukulan dengan ciuman, tetepi menyatakan apa yang amat menyakiti dengan tujuan sahabatnya mahu berubah. Di samping itu, Kerinduannya adalah menjadi sebahagian dari hidupnya kerana tidak ada Persahabatan yang diawali dengan sikap ego, semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati. Namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya banyak pula orang yang tealah menikmati indahnya persahabatan. Namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya…Mempunyai satu sahabat sejati jauh lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.


Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian dimana teman ketawa bagaikan air di daun keladi walaupun tercurah tak berkesan tetapi Sahabat sejati bagai air laut walaupun di cincang ianya tak akan terputus. Janganlah kita memandang rendah erti sebuah persahabatan kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seoarang diri tanpa sahabat. Tiada mutiara sebening cinta, tiada sutra sehalus kasih saying, tiada embun sesuci ketulusan hati, Tiada hubungan seindah persahabatan. Dimana Persahabatan adalah satu satunya pintu kebebasab kita bnyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada ibu bapa sekali pun tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat.Persahabatn yang jujur adalah salah satu tangga kenaikan untuk kita membuat langkah ke hadapan dan  Kesenangan hidup mu adalah memperbanyakan teman.tetapi bukti persahabatan yang setia di waktu kesusahan.

Persahabatan akan sentiasa terjalin dengan adanya sahabat yang sentiasa bersama dengan kita ibarat air sungai yang sentiasa membasai lantai-lantai sungai yang tidak perna putus-putus. Jadi mari la kita menghargai sahabat-sahabat yang ada disamping kita yang sentiasa bersama dengan kita tidak kira dalan keadaan yang susah dan senang. Dimana sekiranya kita ingin berteman jangan la kita pandang kelebihannya kerana mungkin dengan satu kekurangan,kita akan menjauhinya,andai kita ingan berteman,janganlah kita pula menilai kebaikkannya kerana mungkin dengan satu kelemahannya,kita akan membencinya,andai kita ingin berteman,janganlah diuji akan ilmunya kerana apabila dia buntuh,kita akan menyisihkannya,andai kita ingin berteman,terimalah dia seadanya kerana dia hanya seorang teman yang hanya manusia biasa seperti diri kita juga.....jalinlah hubungan kerana Allah,,semoga hidup kita sentiasa diberkatiNYA....amin..
















Leave a Reply