- -

renung sejenak....




Dari sehasta kepada kilometer hubungan yang terjalin. pada mula nya ada yang kata tidak mahu bercinta. tetapi apa akhirnya itu cuma lagak dusta. ada yang kata tidak mahu berkawan. tetapi akhirnya perasaan mahu berlawan. lumrah zaman sekarang bagi lelaki dan perempuan punya pacar untuk perasaan manusia lebih lancar. bila jalan bersama kebahagian jelas terpancar. orang tua melihat pun bernafsu walaupun sudah uzur status menopause tercabar. mula lah berbisik si isteri "bapak nya letak lah tangan di pinggang emaknya. dan si suami pun berbisik "takkan pinggang sahaja? malam ini abang nak lebih. kan malam jumaat".

kisah bermula dari alam persekolahan. ketika itu satu negara kecoh dengan perlancaran angkasawan malaysia pertama kali menjejak kaki ke bulan. sedangkan lelaki itu tidak tahu bahawa wanita tersebut sudah beberapa kali datang bulan. tiba tiba berlaku pergeseran roket kertas pada kepala wanita tersebut. dengan perasaan marah bagai raksasa di serang jet pejuang ultraman, wanita itu membuka lipatan roket kertas. dari sakit senggugut yang meragut perasaan dia jadi malu senyum terkemut kemut. cinta buat darah kotor nya berhenti mengalir. cinta buat perasaan seseorang bersih seperti bendalir. namun sampai bila semua ini akan bertahan. pokok yang cantik kerana berbunga di dahan. wanita yang cantik buat lelaki tak boleh tahan.

Tamat zaman persekolahan seperti tamat nya peperangan demi mencapai kemerdekaan. tiada lagi nyanyian negaraku di awal pagi. tiada lagi ikrar negara yang di sambut tangan kanan. tiada lagi jejaka paling hangat. tiada lagi gadis paling montok. yang tinggal kini status mereka masih berpacaran. perjalanan di teruskan dengan lelaki tidak menyambung pelajaran atas tanggungjawab nya sebagai anak sulung terhadap keluarga. dan wanita meneruskan cita cita nya ke menara gading. namun lelaki masih mampu ke menara kuala lumpur walaupun dia bodoh. kadang kala ke menara berkembar petronas. jarak mereka menyeberangi beberapa sungai, laut dan air terjun. apabila lelaki itu rindu dia kesana memandu. apabila lelaki itu rindu dia kesana dengan harapan hubungan ini akan bersatu. cinta tidak kira jauh berapa batu. cinta hanya mahu janji kita bersatu.

lelaki ini sudah membawa rombongan merisik bertemu keluarga perempuan. kerana masing masing hati sudah tidak tertahan. setiap sentuhan seperti mengalir satu arus elektrik gatal gatal satu badan. bila di sapu ubat farmasi sekali pun tidak berkesan. petua nya cuma satu, cuma perlu menyusun organisasi kekeluargaan. dan perjanjian jual beli anak termeterai. cinta sebentuk di jari mempelai. ketika itu lelaki masih di alam pekerjaan si wanita di alam pelajaran. buat kerja sedikit bergayut telefon berpuluh ringgit. belajar nya sedikit mengelamun hingga bulan madu atas bukit. cinta itu satu risiko. bila cinta menguasai diri kadang kala kita boleh menjadi psiko. jangan ikut hati kerana kita akan mati. gunalah akal sebelum kita ajal. dan pandu gunalah tali pinggang keledar ingat lah tarikh nikah dalam kalendar.

namun hari tidak sentiasa indah adakala gundah. ketika indah, lelaki kata wanita umpama bunga. ketika gundah lelaki kata wanita umpama singa. ketika indah lelaki janjikan sampai mati. ketika gundah lelaki cuma janjikan sakit hati. kerana masa yang berlalu terlampau panjang dan pantas ketika itu masing masing ingin kan kepuasan dengan cara lekas. sebelah pihak mengubah haluan bila hubungan jadi tak keruan dan akhirnya status bertukar menjadi bekas. saya tertanya tanya adakah kita lebih yakin pada keindahan yang di janjikan seseorang selepas ini? atau kepuasan yang telah di sajikan teman sebelum nya. pandang belakang, ingat semula janji untuk berbikini corak bunga di bali. ingat semula memori indah di tolak masuk longkang kumbahan untuk kejutan hari jadi. ingat semula susah senang membasuh pinggan di kedai makan, ketika masing masing tidak cukup duit untuk membayar bil kerana si lelaki belum gaji. oh tuhan betapa indah nya bila kita tenang. dan segala nya punah hanya bila kita rasa tegang.

secara jujur nya sebagai manusia kebanyakan pasangan yang berpisah adalah kerana tidak mahu pandang belakang. mungkin 1 tahun pertama cinta itu indah. masuk 2 tahun kita akan bosan dengan pasangan. bila ada lelaki atau wanita lain yang lebih menyerlah dari pasangan, kita biasanya akan lepaskan atas dasar bosan. mula lah kita mencari alasan keluarga tidak restu saya berpacaran ketika belajar sedangkan selepas itu dia bersama lelaki atau wanita lain. mula lah ayat sedih awak terlalu baik untuk saya. sedangkan kita sudah pasti mahukan pasangan yang terbaik buat diri. apakah bodoh nya melepaskan seseorang hanya kerana kebaikan nya? jika itu jodoh sebenar kalian. bodoh dari saya sebagai ejekan tambahan. pandang belakang sebelum mulut berkata lancang. jangan esok orang lain kahwin berselimut. kita kahwin bertelanjang. pilih orang tak nampak dalam. pilih buah nampak rosak lebam.

Leave a Reply